MEKASIH SEMUA :,

Jan 30, 2011

jom masak nasik sardin

ermm...
memandangkan time2 cuti ni hujan jer
aku ngan incik hubby pon malas nak kuar
menghabiskan masa dirumah je la...

so aku ada la time nak mengemas dan memasak..

utk hari ni aku just nak share buat nasik sardin
korang pernah rasa x???

aku dapat resepi ni pon dari my mummy..

rugi kalau xcuba tau..
jom kita tgk cara nak membikinnye..
hoho :p

bahan-bahan utk nasi :-
beras, marjerin, bawang putih & bawang merah ,halia, kuah sardin yang dalam tin tu, sos tomato, daun pandan

cara membikinnye:-
1) basuh beras sehingga bersih,
2) panaskan resqucer dan masukkan marjerin,
3) setelah marjerin cair, tumis bawang putih, bawang merah dan halia
4) bila semua bahan2 tadi dah naik bau, masukkan beras yang telah dibersihkan bersama-sama kuah yang ada dalam tin sardin tu (asingkan ikan tersebut), dan tambahkan air :, (pastikan air + kuah tu mengikut sukatan berapa cawan beras utk mengelakkan nasik menjadi lembik)
5) kemudian masukkan sedikit sos tomato bersama garam secukup rasa....
6) kacau semua bahan tadi dan akhir sekali masukkan daun pandan utk mewangikan nasik dan tutup resqucer tersebut. tunggu sehingga nasik masak...(sesekali kacau bahan2 tersebut agar sebati)


*
*
*

bahan-bahan utk acar timun :-
timun, nenas, carrot, bawang besar, cili besar merah, sos tomato, cuka (tapi boleh digantikan dengan limau nipis), gula dan garam 

cara membikinnye:-
1) potong timun, nenas, carrot, bawang besar dan cili besar merah. Campurkan dalam satu bekas
2) setelah semua bahan tersebut dicampur, masukkan sos tomato, limau nipis, gula dan garam secukup rasa
3) gaul bahan berkenaan sehingga sebati (lama2 bahan2 tersebut akan berair dan berkuah)


*
*
*

bahan-bahan utk kuah cili :-
6 biji cili besar merah, 3biji cili kecil merah, 2 ulas bawang putih, 3biji limau nipis, gula dan garam

cara membikinnye:-
1) potong cili besar dan sedikit cili kecil (utk tambahkan pedasnya)
2) blander cili tersebut bersama-sama bawang putih dan campurkan gula dan garam secukup rasa
3) setelah siap, tuangkan bahan2 tersebut ke dalam bekas dan perahkan limau nipis


*
*
*

bahan-bahan lain :-
1) goreng ikan sardin yang diasingkan tadi sehingga garing
2) bolehlah dihiaskan dengan potongan tomato dan salad

akhir sekali, inilah hasilnya...



nyummy2....jom makan

p/s : ni lah antara makanan favourite aku adik beradik time tecik2 dulu tau...hehe :p

0 ulasan:

Post a Comment





 

lurve !n he@rt. Design By: jaja gara