MEKASIH SEMUA :,

Showing posts with label kucing parsi. Show all posts
Showing posts with label kucing parsi. Show all posts

Apr 28, 2011

akhirnya berpisah jua

apasal mula2 entry dah sedih....
dah la lama btol menyepi..
senyap sunyi tanpa entry @ berita...
mesti u olls tertanya2 kan...

actually sebernarnya ada je..
tapi mood malas nak menghapdate dan mengadap lappy membuak2..
tu yang senyap sunyi jadinya blog i neh..

ermm..k,la xnak la sembang pasal tu..
abaikan je ehh..tadi sebagai pembuka bicara je..
hehhehe.....

*
*
*

yang i sedih kan plak
sebab......

*
*
*

sebab

*
*
*

sebab

*
*
*

tak lama lagi anak2 lola akan dihantar kerumah tuan baru...
sedih rasanya nak berpisah ngn diorg..
ye la dah 4 bulan melayan kerenahnya...
sob...sob....sob~

nak buat mcm mana..
xtahan la banyak2 sgt...
maintanance tinggi.. 
nak2 diorg kucing parsi..
asyik nak hantar klinik je...






picture latest
akan tinggal kenangan

*
*
*

incik hubby la yang paling akan terasa
sebab dialah yang lagi rajin melayan kereneh nakal diorg...
mandikan diorg...
sob....sob..sob...
:(


p/s : pelik kan..i dari xminat kucing + takutkan kucing...sekarang jadi penjaga kucing lak..hehehe~

Jan 20, 2011

bila dah terbiasa

bila aku bangun tido jer atau balik dari kerja
pasti perkara ni akan terjadi

*
*
*

APE YANG JADI NYE???

*
*
*

anak2 miss lola dah pandai
xnak duduk dalam sangkar lagi..
nak bebas mcm ibunya..

kadang2 geram jugak..
bila aku masukkan dalam sangkar sebelom nak tido..
pg esok confirm akan duduk kat luar jugak

incik hubby la punya pasal ni..
gatal2 tangan lagi ajar diorg main2 kat lantai..
katanya nak bagi anak dia cepat jalan..
alasan je tu..padahal dia suka mengusik anak2 miss lola tu..

tapi bila dah  terbiasa..
inilah jadinya...

apabila dimasukkan ke dalam sangkar

mula xtentu arah 

apabila pintu sangkar di tutup


pandai mintak keluar

 dan ini pula terjadi apabila pintu sangkar mula di buka

sekor keluar

dua ekor keluar

tiga ekor keluar

last2 empat2 keluar...

suka sgt bila dah berani kuar sangkar

ni la port baru diorang

dua ekor bersama ibunya

dua ekor lagi bergurau
comel jer...

*
*
*

aku xkisah sgt
tapi risau kena gigit semut je
nanti sakit susah plak

pening2.....hehe :p

*
*
*

ermmm...
yang paling comel bila tgk si "gemok" ni tido

geramnye.... ni la kucing yang paling disayangi oleh incik hubby


~SEKIAN~

Jan 17, 2011

singgah sebentar ke pet shop

ptg semalam masa lepas beli barang2 dapur kat mydin
incik hubby ajak aku singgah jap kat pet shop
kebetulan dia nak cari tali utk miss lola
senang skit nak bawak dia gi jalan2 bila ada masa free

masa kat pet shop tu
tgk ada banyak kucing2 yang comel bangat
geram tgknye...

si incik hubby meringan kan la mulut tanya penjual tu
tips2 penjagaan kucing yang baik

so penjual tu pon sarankan makanan yang baik utk miss lola
ROYAL CANIN sebab makanan tu super premium
lagi banyak khasiat berbanding IAMS...
sebab IAMS hanya premium saje
~tapi harga lagi meletop la

royal canin - 2 kilo RM 70.00

makanan miss lola sekarang iams

3.5 kilo - RM 69.00

selain royal canin makanan Equilibrio ni pon bagus sebab ianya pon super premium
harganya lebih kurang mcm iams
tapi ingat iams adalah premium saje...baik tukar brand ni kan..
~so kitaorang beli la trial pack nak cuba utk miss lola


trial pack dia RM 3.20 jer
tapi utk 3.5 kilo - RM 63.00

pastu seminggu sekali kena bagi miss lola makanan
dlm tin mcm kat bawah ni...

~murah jer - RM 3.70 setin
brand ni bagus tau expecially utk kucing baru beranak

ubat kutu - RM 29.00
 ~ perlu dispray kat kucing kesayangan anda sebulan sekali 
ianya amat baik utk hindari bulu rosak akibat kulat, kutu, hama dsb
(ingat ye tidak boleh terkena mata, mulut dan hidung)

*
*
*
*

balik je umah aku tgk la kat label plastik tu utk kepastian..
errmm..rupanya betul la iams hanya premium sahaje..

tapi ada sesuatu yang aku terperasan

makanan miss lola dah nak expied
ada seminggu je lagi

aku pon bgtau la incik hubby dan dia terus call doktor tu balik..

u olss tau x doktor tu boleh cakap ape..
"makanan ni xleh tukar sebab dah bukak...
lgpon lom sampai tarikh expied lagi"

geramnya aku kat doktor tu
 mengong plus+++ ban***, bo***
mcm mana miss lola nak habiskan makanan 3.5kilo tu dalam masa seminggu
cube korang pikir

incik hubby la paling marah skali
sampai dia reject teros doktor tu...
utk rawatan akan datang incik hubby kata nak carik klinik lain jer

errmmm..whatever la..
aku tukang teman jer...
hoho :p

terpikir gak ntah2 ubat2 dia pon expied..
mcm2 la..

p/s : syg btol incik hubby aku ni kat miss lola ni..sanggup berabis duit tu...xpe la yang penting gaji utk aku xkurang yer ~ gelak jahattss...

Jan 16, 2011

time checkup utk miss lola

arini cukop 4 minggu miss lola aku beranak..
so aku dan incik hubby dah boleh bawak dia g jumpa doktor haiwan
utk check up..

lgpon risau la sejak beranak ni miss lola cam xbaper sihat jer..
bulu pon banyak gugur...
terutama kat sekitar puting dia tu
hampir botak..risau lak aku..
xtau la memang mcm tu ke..
sebab aku pon xpenah lak ada pengalaman jaga kucing ni..

so bila ada kelapangan ni 
 aku dan incik hubby pon bawak la gi klinik haiwan..
kebetulan dekat jer ngan umah aku..so senang skit kan..

cek2 rupanya miss lola demam..
so kena la 3 suntikan..
~utk demam dan antiotik

sian lak tgknye..tapi nak wat camne kan
biar sakit kejap pada berpanjangan..
hoho :p

pastu doktor tu pon suggest aku tukar makanan dia
utk masalah bulu gugur tu..

baru la aku tau rupanya makanan yang ada kat pasaraya 
yang aku bg slama ni mcm smart heart, wiskies, frieskies
xelok utk kucing..
sebab kucing boleh hilang nutrisi badan 
terutama bila kucing kita kurang minum air..
~tu la jadi bulu gugur dan mudah sakit
dan yang paling berbahaya boleh menyebabkan sakit batu karang..


ni la makanan baru dia...harga pon leh tahan..
xpe la kan asal miss lola sihat...huhu :p

baru balik klinik
 ~ xlarat baru lepas kena suntik..nasib la labu :p



sedih jer mukanya

minggu depan kena bawak lagi utk rawatan susulan
dan suntik vitamin...
~deman kalah tuan dia....

ermmm...tak kisah la tu kan..
teringat lak doktor tadi cakap
~bile haiwan yang yang kita jaga sihat...
kita pon akan sihat...
hoho :p

p/s : ingatkan gi klinik haiwan mahal kosnya..rupe2 nya lebih kurang mcm kite gi klinik jer bila demam...

Jan 11, 2011

makin tomei...

aku ker 2???
kuang..kuang..kuang..
muntah darah la korang dengar..

haha~ gelak gedikszz...
ada aku kesah..

ni blog aku suka ati aku la nak menceceh ape pon..

opss2..lari tajuk ni jaja...
hehhehe...ter emo la plak...

ok la u olls..
kali ni aku nak wat entry pasal kucing aku yang tomei 2 la...
miss lola...
ingat lagi x??

xpe2..kalo xingat..
bace entry kat link bawah ni wokey..

bukan nk citer ape pon..
just nak bgtau miss lola aku dah selamat beranak..
 semua skali anak dia 4 ekor..

dah 3 minggu dah..
tapi baru ari ni nak wat entry..
bukan malas yer..
tapi incik hubby xbagi amik pic anak dia masa tecik..

skunk anak dia dah gemok2 bulat2...
mata pon dah bukak..

ni lah miss lola...tomei x??





tomei2 
colour kelabu + black..
(semua anak dia dah ada yang boking)

tapi kan...dah lama2 tgk..ari2 mngadap..
tetiba terasa syg nak bg kat org..
urmmm..nak wat mcm mana..
terpaksa la...

xlarat la nak jaga semua..
kucing parsi ni deman tau..
makan nak jaga..kena mandi selalu..kena sikat bulu...
nak jaga pon cerewet la...

tapi kan...
pengalaman yang paling xboleh lupa
time mula2 miss lola nak beranak...
siap kitaorg tido lambat..

asyik mengiau jer ajak kitaorg teman dia masuk dlm bilik...
bila kitaorg kuar dia pon kuar gak..
gelisah kehulu kilir..

last2 incik hubby letak kotak dia kat luar..
depan mata kitaorg..
baru la dia puas ati..

pg tu sedar2 dia dah beranak..
tapi time tu baru kuar sekor je..
incik hubby la yang jadi bidan sampai dia selamat beranak 4 ekor semuanya...
(kebetulan incik hubby demam dan mc)
siap dpt tgk live lagi...

aku plak kena g keje sebab dah xde cuti...
wawaaaa...:(

p/s : terpikir plak.nak letak anak lola sekor nama LOKI sebab minat cerita bukan diriku..... LOLA VS LOKI... ok x??

Dec 17, 2010

rahsia memelihara kucing

Memiliki haiwan peliharaan kesayangan selalunya boleh membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih baik lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa haiwan peliharaan  kesayangan boleh membawa aura yang berbeza di dalam kehidupan manusia.


Setiap haiwan peliharaan mungkin mempunyai rahsianya yang tersendiri, bukan sahaja ia boleh menjadi penghibur di dalam rumah, malah seperti ada satu aura yang membuatkan si pemilik haiwan peliharaan mendapat manfaat yang lebih banyak lagi. Perkara seperti itu, seringkali berlaku jika anda memilih kucing sebagai haiwan kesayangan anda.


Apa yang ada dengan kucing? Apa yang membuat kucing begitu istimewa? 


a. Kucing akan benar-benar menjadi sahabat yang akrab dan teman yang sejati
Kajian menunjukkan bahawa kucing yang dijadikan sebagai haiwan peliharaan kesayangan, boleh meringankan diri  seseorang yang sedang menghadapi masalah fisiologi dan emosional(sakit jiwa). Ini adalah benar. Dengan kajian yang terbukti ini, ia akan benar-benar menyembuhkan "hati yang luka", terutama bagi orang yang sudah lanjut usia dan sentiasa berada dalam tekanan dan kesedihan. Selain itu, kucing juga mampu memberi kasih sayang yang tinggi kepada tuannya, tetapi kurang menuntut perkara yang bukan-bukan. Kos memelihara kucing juga rendah dan ianya sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai gaya hidup moden.


b. Kucing mempunyai sifat keyakinan yang sangat tinggi
Orang yang memelihara haiwan peliharaan akan mengambil perhatian yang lebih jika dibandingkan dengan orang yang tidak memelihara apa-apa haiwan peliharaan. Ketika seseorang itu telah berusia ataupun sedang sakit dan mempunyai haiwan peliharaan kucing, ia pasti akan memberi perhatian sebaik mungkin kepada kucingnya. Seseorang yang merasakan dirinya sangat diperlukan (oleh kucing), mereka akan memancarkan suatu aura yang sangat optimis dan berkeyakinan. Malah, bagi anak-anak, mereka akan merasa lebih percaya kepada diri dan juga lebih bertanggung jawab jika dapat  memelihara haiwan kesayangannya. Keadaan seperti ini akan melatih mereka untuk mengurus kucing-kucing yang lain dan haiwan-haiwan peliharaan yang lain, dan akhirnya orang seperti ini akan turut belajar bagaimana menguruskan perkara-perkara lain dengan seberapa baik yang mungkin.


c. Kucing sebagai haiwan kesayangan juga boleh membebaskan anda daripada stress atau tekanan
Menurut kajian perubatan, duduk di kerusi, meletakkan kucing di pangkuan anda dan membelai rambutnya akan menjadikan anda merasa nyaman dan damai. Hal ini akan membuat anda merasa santai dan akan menjadikan anda merasa lega daripada stress yang disebabkan oleh apa-apa pun masalah.


d. Kucing sebagai penawar kesihatan
Menurut "Society for Companion Animal Studies", pesakit akan mudah sembuh atau hidup lebih lama melalui haiwan. Telah dibuktikan bahawa mempunyai haiwan kesayangan pasti akan meringankan beban daripada kes-kes seperti kerosakan fisiologi ataupun psikologi manusia.


e. Kucing sebagai pemangkin sosial
Kucing sebagai haiwan peliharaan lazimnya akan membuatkan rasa malu dan ragu-ragu dalam diri anda terhakis. Perkara ini berlaku apabila anda pergi berjalan-jalan bersama dengan kucing anda. Orang akan tertarik dan mula menyapa anda. Sebagai pencinta kucing, anda pasti tidak akan ragu-ragu untuk menunjukkan haiwan kesayangan anda kepada orang ramai semasa berjalan bersama-samanya.

Dec 12, 2010

welcome miss lola

sape 2 ye...
itu la org baru dlm umah aku ni...
miss lola..
seekor kucing parsi yang sgt2 comel dan manja..

sebenarnya aku ni bukan minat kucing sgt...
yg lebih tepat...takut kat kucing..
hehheheh....

tapi papa plak yang beria2 nak bela...
aku ikut kan je la..

yg paling istimewa..
muka lola mcm anjing buldog 2...
kiut sgt...
pastu dia pun manje je..

nak mandi senang..sikat bulu senang....
diam je..sikit pun x melawan..
dan yang paling penting pandai "membuang"..

mula2 aku amik dia dari makcik aku kat kuantan....
dia mcm murung je...
rupa2 nya menahan dari "membuang" dlm sangkar...
sian kan...dah beli pasir...baru la nak "membuang"
memang pandai..

mybe makcik aku dah ajar dia dari kecik..
senang la keje kan...

skunk lola tgh bunting...
tapi suka sgt nak bergurau ngan kita..
mana kita pegi ikut jer...

tapi...
bila kita xlayan dia..
mula la wat muka sedih n lentokkan kepala dia..
kadang2 geram tgk aksi dia...

time tido plak...
kaki terkangkang je...
mcm manusia plak aku tgk..
huhuhuhuhuuu..

jom layan gambar lola yang sempat aku snap..

ni masa first time amik dia...


time lola malas...comel..





dah mula nak main...






 

lurve !n he@rt. Design By: jaja gara