MEKASIH SEMUA :,

Jan 13, 2011

Astro First, Kini Di Pawagam Dan Di Rumah Anda



Bayangkan hanya dengan RM15 untuk satu filem, anda boleh menonton filem-filem Melayu yang baru sahaja ditayangkan di pawagam. Contohnya katakan filem Hantu Kak Limah baru berada di pawagam 2 minggu lepas, jangan terkejut kalau anda sudah boleh menontonnya di channel 480. Tak perlu pergi ke wayang lagi sebab kini pawagam sudah boleh dibawa ke dalam rumah anda.
Bermula hari ini, 3 buah filem yang bakal boleh dibeli di Astro First ialah Ngangkung, Damping Malam dan Aku Masih Dara. Malah selepas tiga filem tersebut, pelanggan Astro juga boleh menyaksikan filem-filem lain seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Kongsi, Kembar Siang, Tolong Awek Aku Pontianak, Senjakala, Sini Ada Hantu dan sebagainya pada bulan-bulan akan datang.

Ok meh sini nak ajar cara pembelian filem menggunakan Astro First:-
Kunjungi media portal Astro First di Saluran Astro 480 dan;
1. Tekan butang biru di alat kawalan jauh Astro dan pilih filem kegemaran anda.2. Tekan butang biru sekali lagi untuk pengesahan.3. 13 digit kod SMS akan dipaparkan di televisyen. SMS BUY[13-digit code] ke 32999. Contoh: BUY 1234567891234
2. Anda akan menerima SMS pengesahan pembelian dan filem tersebut kini boleh ditonton dalam masa lebih kurang lima minit kemudian. Setiap pembelian akan dicajkan ke bil semasa pelanggan. Kadar caj telco akan dikenakan untuk setiap SMS. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.astro.com.my/astrofirst

info : http://beautifulnara.com

2 ulasan:

Anonymous said...

ade komisen ke ape ni??

j.a.j.a said...

xde ape2 komisen pon..tapi saje nak share info..xsalah kan..

Post a Comment





 

lurve !n he@rt. Design By: jaja gara