MEKASIH SEMUA :,

Nov 11, 2011

ermmm !!!!

hye korang semua
ingat x lagi i ni sape
almaklumlah dh berbulan x update blog ni..
nape ye????


*
*
*

sebab

*
*
*

sebab

*
*
*

malas.....malas...malas...
xder mood nak menaip
tu je la jawapan buat masa skunk


daaaaa (+__+)

Apr 28, 2011

PETUA MENGASIHI ISTERI

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Sekali sekala Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.


19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri

 

romantik kan...


p/s : pasti membuat anda tersenyum keseorangan :)

minggu berjimba bermula

tak lama lagi cuti 1 mei kan..
kemanakah u olls pegi menghabiskan masa cuti tu yer...
kan panjang..
sgt2 seronok rasanya...

terasa dah lama i ngan incik hubby xkuar berhoneymoon sama2...
ni semua kerana incik hubby i baru bertukar kerja..
kena la jaga prestasi..
so nak cuti  pon susah la..

tapi skunk bila dah dapat green light dan dah ada cuti..
minggu utk kami berjimba bermula..

then incik hubby ajak ke genting highland...
wah2 memang seronok bangat...
i last pegi sane pon masa belom abis sekolah dlu...
ape lagi..dah ada peluang i on je la...

search2 bagai...
yes dapat gak booking hotel...
tiket mainan indoor + outdoor pon dah booking
maklumlah time2 cuti camni..
sure2 la ramai org..


first world hotel ~genting highlands

dan yang penting i nak gi main salji..
nak tebus balik sebab gi ict aritu xsempat masuk..
hehhehe~

k,tunggu ye 
entry akan datang...
daaaa~

p/s : genting wait..we are coming.... :-)

akhirnya berpisah jua

apasal mula2 entry dah sedih....
dah la lama btol menyepi..
senyap sunyi tanpa entry @ berita...
mesti u olls tertanya2 kan...

actually sebernarnya ada je..
tapi mood malas nak menghapdate dan mengadap lappy membuak2..
tu yang senyap sunyi jadinya blog i neh..

ermm..k,la xnak la sembang pasal tu..
abaikan je ehh..tadi sebagai pembuka bicara je..
hehhehe.....

*
*
*

yang i sedih kan plak
sebab......

*
*
*

sebab

*
*
*

sebab

*
*
*

tak lama lagi anak2 lola akan dihantar kerumah tuan baru...
sedih rasanya nak berpisah ngn diorg..
ye la dah 4 bulan melayan kerenahnya...
sob...sob....sob~

nak buat mcm mana..
xtahan la banyak2 sgt...
maintanance tinggi.. 
nak2 diorg kucing parsi..
asyik nak hantar klinik je...






picture latest
akan tinggal kenangan

*
*
*

incik hubby la yang paling akan terasa
sebab dialah yang lagi rajin melayan kereneh nakal diorg...
mandikan diorg...
sob....sob..sob...
:(


p/s : pelik kan..i dari xminat kucing + takutkan kucing...sekarang jadi penjaga kucing lak..hehehe~

Mar 12, 2011

Pemakaian Cincin Mengikut Islam

sumber picture : majlis perkahwinan jaja & gara

“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
  • 1] jari manis
  • 2] jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
  • 1] jari tengah
  • 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”

Feb 21, 2011

honeymoon kat mana erkk???

hahha..gelak dulu sebagai pembuka bicara..
honeymoon ape la si jaja ni kan..
dah 10 bulan kawen baru nak citer pasal honeymoon??

sebenarnya i baru terperasan..

yang rupa2 nya....

tiada entry pasal honeymoon i ngan incik hubby...

patot la membe2 i ramai yang tanya kami honeymoon kat mana???
nape xwat entry???
bla...bla..bla..

ok..ok....utk puaskan hati u olls...
i bgtau erkk walaupon dah basi bacin cerita ni..
xkisah lah..yang penting masih mekar dihati i ngan incik hubby...
sambil tersenyum gatal ~wink*

kitaorg mula2 honeymoon tu xde la sampai kat luar negara pon..
just kat cameron highland jer...
tapi dah cukop bermakna tau di hati i..
haha...ye la semuanya surprise dari incik hubby...

jom je la layan pic2 ni...
rasanya dah cukop buktikan kebahgiaan kami
+__+


















*
*
*


serba ringkas
percutian ke cameron highland
4 hari 3 mlm
~casa de la rosa

wink*


p/s : first aniversary nanti nak sambut kat mana erkk???   (+__+)

ape yang jadik???

adoii...susah btol nak hupdate blog skunk ni...
bz je memanjang..
plus++ tenet kat umah ni cam siput jer..
tu yang malas menghupdate...

mesti u olls tertunggu-tunggu entry yang sebelom ni kan..
ala yang pasal sesuatu yang teerjadi di luar jangkaan tu..

nak tau ker ape dia..
jom layan pic kat bawah ni eh..











ape yang terbakar tu???
haha..ni la...

sebab cuaca kering dan plus++ panas terik petang tu..
tetiba je kawasan lapang aka semak samun depan umah aku ni terbakar..

mujur api cepat dipadamkan oleh bomba...
kalau lagi marak xtau le...

macam2 kan...
emm....syukur xde pape yang terjadi...

p/s : serik dah nak parking kereta kat situ...kalo tibe2 terbakar lagi mau meletop kete aku tu..sape nak tolong jawabkan..hehheh

Feb 16, 2011

sambutan maulidur rasul

macam biasa la...
opis i ni tiap2 tahun akan sertai perarakan maulidur rasul ni...
tiada yang terkecuali...
lain la termengandung...

jadik nak xnak kena la gi jugak...
setahun skali je kan..
haha ayat nak sedapkan hati jer :)

ermm...tapi tahun ni xterasa jauh...
walaupon lebih kurang 2 km kitaorg berjalan..
ye la bayangkan dari stadium kubu ke masjid al-azim..
(org melaka je yang tau..hehhe)

mybe sebab cuaca kot..
walaupon agak panas..tapi angin punya la kuat...
terasa cam lepak kat pantai tau...

k,la malas la nak taip panjang2...
jom layan pic ehh....


sebelom perarakan..lepak dulu..ngeee

kontijen JPBD Melaka


merahnye pakngah ngn makngah ni...hehe

beca pon ada

tuan tanah yang kepanasan..sabo je la

yahoo..dah selamat sampai..lapo la plak


*
*
*

dah balik rumah baru terasa penat...
tido xingat dunia beb...

tapi tengah syok2 tido..
sesuatu diluar jangkaan terjadi..

nak tau ker ape yang jadik!!!!

*
*
*

TUNGGU NEXT ENTRY WOKEY

berjimba ke kuantan

sebenarnya cerita ni dah basi pon..
pasal percutian i bersama incik hubby ke kuantan...
dikira percutian paling lama la...
5hari 4 mlm...

oppss...sebenarnya kami bukan berdua tau...
tapi dihangkut skali miss lola bersama anak2 nya yang gebu tu...
incik hubby la...takut sangat nak tggalkan diorang...
mujur dalam perjalanan xterberak terkencing kucing2 tu..
kalo xmau haruk..hehe

masa kitaorg ke kuantan tu tengah sibuk pasal banjir..
so terpaksa la i menyibukkan diri call pusat gerakan banjir tu...
nak kan perjalanan yang lancar
tapi alhamdulillah semua selamat...

yang best nya penginapan kami slama 5 hari tu 
ditanggung beres oleh kakak incik hubby
haha..jimat duit tu..

bukan duk mana2 hotel atau chalet pon..
tapi menumpangkan diri di rumahnye je...

lagipon kami cadang nak gi kuantan pon last minute...
so time raya cine dah sure la hotel semua penuh...
mujur ada kakak incik hubby kan..

aktiviti cam biasa la bile dah sampai sane...
sakan gi picnic..

mujur kat sana cuaca baik je..
siap bentang khemah tu..dan bawak miss lola
masa i bawak miss lola kan..
ramai yang punya dia sgt2 chomel...
terasa bangga kejap...

dan xdilupakan berjalan2 ke rumah membe2 lama i..
ye la nama dah balik kg halaman kan...
ape lagi...sakan la....
haha..seronok sgt3...

tapi

yang paling xseronok
gamba2 yang i snap kat sane xboleh bukak...
arggghhhh...geramnye...
rasa nak baling je kamera ni kat dinding...
:(

ni je yang sempat diselamatkan..

 pemandangan di pantai balok semasa senja...
best tau lepak kat pantai ni...
air pon sejuk dan jernih...
xpuas rasanya melepak kat sini...

kejap je terasa dah nak mlm..
tapi time ni ombak agak kuat tau..

tgk si lola ni...bukan main lagi melepak dlm khemah kitaorg..
mujur dia ni pandai...

kitaorg syok2 g mandi 
miss lola selaku pak guard tolong jagakan barang2...
haha

~SEKIAN~






 

lurve !n he@rt. Design By: jaja gara