MEKASIH SEMUA :,

Aug 18, 2010

Tips mendapat zuriat di bulan ramadhan

Sebenarnya, bulan puasa ini adalah satu peluang yang mesti kita rebut. Bagi mereka yang masih ternanti-nanti kurniaan zuriat, ada beberapa perkara yang andaboleh ikhtiarkan dalam bulan Ramadan ini.

1) DOA MUSTAJAB WAKTU BERBUKA
Antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah sebelum berbuka puasa. Tapi saat ini sering diabaikan oleh kebanyakan orang kerana ghairah menghadap menu berbuka yang menyelerakan. Luangkanlah masa beberapa minit sebelum waktu berbuka untuk berdoa dan memohon apa-apa sahaja yang kita hajatkan. Ingat, Allah swt Maha Pemurah. Setiap doa yang kita panjatkan, pasti didengar.

2) PELUANG TURUNKAN BERAT BADAN
Berat badan adalah antara faktor sukar hamil. 50% Pesakit PCOS didapati juga mengalami gejala berat badan berlebihan. Kajian menunjukkan bahawa dengan setiap 5% penurunan berat badan, dapat meningkatkan peluang kehamilan sebanyak 30%. Sebab itulah, antara cadangan yang diberikan oleh doktor adalah supaya menurunkan berat badan terlebih dahulu. Sekarang kita di bulan Ramadan, peluang ini harus diambil untuk menurunkan sedikit berat badan dengan mengawal makan, terutamanya waktu berbuka.


3) BANYAKKAN ISTIGHFAR DAN SELAWAT
Bulan Ramadan ini hati manusia lembut, Syaitan dirantai. Kalau anda perasan, pengunjung-pengunjung masjid semakin bertambah di bulan Ramadan. Ramadan adalah bulan untuk beramal.


Nabi saw pernah anjurkan seorang sahabat supaya banyakkan sedekah dan beristighfar bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat.


Berikut kami berikan petikan hadis tersebut
"Abu Hanifah Rah. meriwayatkan di dalam musnadnya dari Jabir Bin Abdullah R.A bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya;
Ya Rasulullah, sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi oleh seorang anak pun.
Nabi s.a.w pun menjawab dengan sabdanya;
Di mana(keadaan) engkau dengan banyak ISTIGHFAR dan banyak BERSEDEKAH, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati(anak)"

4) KURMA DAN KESUBURAN?
Kurma adalah sangat sinonim dengan bulan Ramadan. Khasiatnya memang terkenal. Dari segi kesuburan, maklumat yang kami dapati adalah 'DEBUNGA KURMA' (ada juga orang panggil 'serbuk kurma') yang dipercayai dapat membantu memulihkan masalah kesuburan wanita dan lelaki.

info : http://www.mudahhamil.com/

0 ulasan:

Post a Comment





 

lurve !n he@rt. Design By: jaja gara