MEKASIH SEMUA :,

Mar 12, 2011

Pemakaian Cincin Mengikut Islam

sumber picture : majlis perkahwinan jaja & gara

“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
  • 1] jari manis
  • 2] jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
  • 1] jari tengah
  • 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”

Feb 21, 2011

honeymoon kat mana erkk???

hahha..gelak dulu sebagai pembuka bicara..
honeymoon ape la si jaja ni kan..
dah 10 bulan kawen baru nak citer pasal honeymoon??

sebenarnya i baru terperasan..

yang rupa2 nya....

tiada entry pasal honeymoon i ngan incik hubby...

patot la membe2 i ramai yang tanya kami honeymoon kat mana???
nape xwat entry???
bla...bla..bla..

ok..ok....utk puaskan hati u olls...
i bgtau erkk walaupon dah basi bacin cerita ni..
xkisah lah..yang penting masih mekar dihati i ngan incik hubby...
sambil tersenyum gatal ~wink*

kitaorg mula2 honeymoon tu xde la sampai kat luar negara pon..
just kat cameron highland jer...
tapi dah cukop bermakna tau di hati i..
haha...ye la semuanya surprise dari incik hubby...

jom je la layan pic2 ni...
rasanya dah cukop buktikan kebahgiaan kami
+__+


















*
*
*


serba ringkas
percutian ke cameron highland
4 hari 3 mlm
~casa de la rosa

wink*


p/s : first aniversary nanti nak sambut kat mana erkk???   (+__+)

ape yang jadik???

adoii...susah btol nak hupdate blog skunk ni...
bz je memanjang..
plus++ tenet kat umah ni cam siput jer..
tu yang malas menghupdate...

mesti u olls tertunggu-tunggu entry yang sebelom ni kan..
ala yang pasal sesuatu yang teerjadi di luar jangkaan tu..

nak tau ker ape dia..
jom layan pic kat bawah ni eh..











ape yang terbakar tu???
haha..ni la...

sebab cuaca kering dan plus++ panas terik petang tu..
tetiba je kawasan lapang aka semak samun depan umah aku ni terbakar..

mujur api cepat dipadamkan oleh bomba...
kalau lagi marak xtau le...

macam2 kan...
emm....syukur xde pape yang terjadi...

p/s : serik dah nak parking kereta kat situ...kalo tibe2 terbakar lagi mau meletop kete aku tu..sape nak tolong jawabkan..hehheh

Feb 16, 2011

sambutan maulidur rasul

macam biasa la...
opis i ni tiap2 tahun akan sertai perarakan maulidur rasul ni...
tiada yang terkecuali...
lain la termengandung...

jadik nak xnak kena la gi jugak...
setahun skali je kan..
haha ayat nak sedapkan hati jer :)

ermm...tapi tahun ni xterasa jauh...
walaupon lebih kurang 2 km kitaorg berjalan..
ye la bayangkan dari stadium kubu ke masjid al-azim..
(org melaka je yang tau..hehhe)

mybe sebab cuaca kot..
walaupon agak panas..tapi angin punya la kuat...
terasa cam lepak kat pantai tau...

k,la malas la nak taip panjang2...
jom layan pic ehh....


sebelom perarakan..lepak dulu..ngeee

kontijen JPBD Melaka


merahnye pakngah ngn makngah ni...hehe

beca pon ada

tuan tanah yang kepanasan..sabo je la

yahoo..dah selamat sampai..lapo la plak


*
*
*

dah balik rumah baru terasa penat...
tido xingat dunia beb...

tapi tengah syok2 tido..
sesuatu diluar jangkaan terjadi..

nak tau ker ape yang jadik!!!!

*
*
*

TUNGGU NEXT ENTRY WOKEY

berjimba ke kuantan

sebenarnya cerita ni dah basi pon..
pasal percutian i bersama incik hubby ke kuantan...
dikira percutian paling lama la...
5hari 4 mlm...

oppss...sebenarnya kami bukan berdua tau...
tapi dihangkut skali miss lola bersama anak2 nya yang gebu tu...
incik hubby la...takut sangat nak tggalkan diorang...
mujur dalam perjalanan xterberak terkencing kucing2 tu..
kalo xmau haruk..hehe

masa kitaorg ke kuantan tu tengah sibuk pasal banjir..
so terpaksa la i menyibukkan diri call pusat gerakan banjir tu...
nak kan perjalanan yang lancar
tapi alhamdulillah semua selamat...

yang best nya penginapan kami slama 5 hari tu 
ditanggung beres oleh kakak incik hubby
haha..jimat duit tu..

bukan duk mana2 hotel atau chalet pon..
tapi menumpangkan diri di rumahnye je...

lagipon kami cadang nak gi kuantan pon last minute...
so time raya cine dah sure la hotel semua penuh...
mujur ada kakak incik hubby kan..

aktiviti cam biasa la bile dah sampai sane...
sakan gi picnic..

mujur kat sana cuaca baik je..
siap bentang khemah tu..dan bawak miss lola
masa i bawak miss lola kan..
ramai yang punya dia sgt2 chomel...
terasa bangga kejap...

dan xdilupakan berjalan2 ke rumah membe2 lama i..
ye la nama dah balik kg halaman kan...
ape lagi...sakan la....
haha..seronok sgt3...

tapi

yang paling xseronok
gamba2 yang i snap kat sane xboleh bukak...
arggghhhh...geramnye...
rasa nak baling je kamera ni kat dinding...
:(

ni je yang sempat diselamatkan..

 pemandangan di pantai balok semasa senja...
best tau lepak kat pantai ni...
air pon sejuk dan jernih...
xpuas rasanya melepak kat sini...

kejap je terasa dah nak mlm..
tapi time ni ombak agak kuat tau..

tgk si lola ni...bukan main lagi melepak dlm khemah kitaorg..
mujur dia ni pandai...

kitaorg syok2 g mandi 
miss lola selaku pak guard tolong jagakan barang2...
haha

~SEKIAN~

pembuka kata

ni la entry pembukaan bg bulan feb 2011
lame btol ye si pn.jaja ni menyepi ye...
kemanakah menghilang????

haha...sebenarnya xkemana pon..
tapi kemalasan yang teramat2 melanda...
ditambah dengan ke-busy-an 
bercuti raya cina aritu agak lama...
so blog dan fb pon bercuti sama la...

tunggu ye entry pasal percutian i bersama incik hubby ke kuantan...
entry sambutan maulidur rasul
dan perkembangan anak miss lola sekarang...

akan diupdate nanti...

+__+

DIKESEMPATAN NI NAK UCAPKAN 
SALAM MAULIDUR RASUL
1 MALAYSIA
1 UMMAH

Jan 30, 2011

sakitnye blakang nih!!

sejak dua tiga hari ni aku asyik mengadu kat incik hubby
blakang badan ni terasa macam bisa2 jer..


tiap2 mlm kena sapu minyak panas
kalau x bisanya xhilang..


pastu kena minum susu tepung campur serbuk halia segera
baru la lega sikit...


kadangkala sampai xlena nak tido
maybe badan ni banyak sgt angin dan toksin kot...


*
*
*


pastu kebetulan masa kitaorg jalan2 kat mall..
incik hubby belikan aku benda kat bawah ni

sgt elok utk mengeluarkan toksin di dalam badan
harganya pon boleh tahan la...

tepekkan di kaki selama 5mlm berturut-turut

inilah hasilnya...
manyak gile toksin dlm badan aku nih


lepas penggunaan kinohimitsu ni..
blakang aku dah xsakit lagi...
badan pon terasa lebih ringan


dan yang lebih penting
tido jadi lebih lena...


TQ KAT INCIK HUBBY
+___+

jom masak nasik sardin

ermm...
memandangkan time2 cuti ni hujan jer
aku ngan incik hubby pon malas nak kuar
menghabiskan masa dirumah je la...

so aku ada la time nak mengemas dan memasak..

utk hari ni aku just nak share buat nasik sardin
korang pernah rasa x???

aku dapat resepi ni pon dari my mummy..

rugi kalau xcuba tau..
jom kita tgk cara nak membikinnye..
hoho :p

bahan-bahan utk nasi :-
beras, marjerin, bawang putih & bawang merah ,halia, kuah sardin yang dalam tin tu, sos tomato, daun pandan

cara membikinnye:-
1) basuh beras sehingga bersih,
2) panaskan resqucer dan masukkan marjerin,
3) setelah marjerin cair, tumis bawang putih, bawang merah dan halia
4) bila semua bahan2 tadi dah naik bau, masukkan beras yang telah dibersihkan bersama-sama kuah yang ada dalam tin sardin tu (asingkan ikan tersebut), dan tambahkan air :, (pastikan air + kuah tu mengikut sukatan berapa cawan beras utk mengelakkan nasik menjadi lembik)
5) kemudian masukkan sedikit sos tomato bersama garam secukup rasa....
6) kacau semua bahan tadi dan akhir sekali masukkan daun pandan utk mewangikan nasik dan tutup resqucer tersebut. tunggu sehingga nasik masak...(sesekali kacau bahan2 tersebut agar sebati)


*
*
*

bahan-bahan utk acar timun :-
timun, nenas, carrot, bawang besar, cili besar merah, sos tomato, cuka (tapi boleh digantikan dengan limau nipis), gula dan garam 

cara membikinnye:-
1) potong timun, nenas, carrot, bawang besar dan cili besar merah. Campurkan dalam satu bekas
2) setelah semua bahan tersebut dicampur, masukkan sos tomato, limau nipis, gula dan garam secukup rasa
3) gaul bahan berkenaan sehingga sebati (lama2 bahan2 tersebut akan berair dan berkuah)


*
*
*

bahan-bahan utk kuah cili :-
6 biji cili besar merah, 3biji cili kecil merah, 2 ulas bawang putih, 3biji limau nipis, gula dan garam

cara membikinnye:-
1) potong cili besar dan sedikit cili kecil (utk tambahkan pedasnya)
2) blander cili tersebut bersama-sama bawang putih dan campurkan gula dan garam secukup rasa
3) setelah siap, tuangkan bahan2 tersebut ke dalam bekas dan perahkan limau nipis


*
*
*

bahan-bahan lain :-
1) goreng ikan sardin yang diasingkan tadi sehingga garing
2) bolehlah dihiaskan dengan potongan tomato dan salad

akhir sekali, inilah hasilnya...



nyummy2....jom makan

p/s : ni lah antara makanan favourite aku adik beradik time tecik2 dulu tau...hehe :p

Jan 29, 2011

Kajian Bulan Lahir






p/s : cubalah aplikasi ini sendiri di facebook

Jan 22, 2011

jom layan ~ kali ni movie khurafat plak

setelah 4 hari incik hubby berada kat shah alam
utk ketiga kalinya sebab ada hal yang xselesai lagi...

akhirnya time to back
kebetulan plak incik hubby boleh balik awal kol 12pm..
aku plak mc coz ada checkup kat hospital besar melaka..
so xde la penat sgt mlm ni nak layan movie..

patutnye minggu lepas lagi nak pergi..
tapi ada je hal yang mendatang..
so bila dah ada masa ni...
kitaorg xlepaskan peluang la..

time tu kol 9mlm dah sampai MBO Melaka Mall..
~kitaorg lebih suka layan movie kat sini sebab dengan ngan umah..
tapi time beli tiket ada kol 10.30 mlm jer..
nak xnak kena tgu jugak la..

so jom tgk ape aktiviti kitaorg sebelom wayang bermula..

*
*
*

 karoke dulu...

kalau u olls nak tau kitaorg ni memang kaki karoke tau..
dari zaman bercinta sampai dah kawen
still layan lagi..
sampai kat umah pon incik hubby siap beli set home teater...


pastu ke mesin urutan badan..
~sian incik hubby dah penat drive arini...

aku mana yer???
hehe..jadi cameraman jer..

sempat snap pic time incik hubby beli pop corn..
ni la movie yang akan dilayan sebentar lagi..

setelah movie selesai

*
*
*

SERAM KER???

 Nak kata seram, bagi aku takdelah seram mana seperti yang digembar gemburkan..
incik hubby pon kata kurang best..
mungkin kitaorg dah biasa sangat layan cerita seram kot
ermm...ni pendapat peribadi kitaorg la..

tapi jalan cerita dia memang xdapat nak agak
terutama ending dia memang ape yang diluar jangkaan la..
rupa2nya si Johan tu yang bersalah dalam semua masalah ni..

nak tahu ape yang terjadi...
korang layan la movie ni ehh...


~DAA~

p/s : kitaorg lebih berminat layan movie seram kar panggung sebab kesannye lebih terasa berbanding di rumah...





 

lurve !n he@rt. Design By: jaja gara