MEKASIH SEMUA :,

Dec 17, 2010

rahsia memelihara kucing

Memiliki haiwan peliharaan kesayangan selalunya boleh membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih baik lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa haiwan peliharaan  kesayangan boleh membawa aura yang berbeza di dalam kehidupan manusia.


Setiap haiwan peliharaan mungkin mempunyai rahsianya yang tersendiri, bukan sahaja ia boleh menjadi penghibur di dalam rumah, malah seperti ada satu aura yang membuatkan si pemilik haiwan peliharaan mendapat manfaat yang lebih banyak lagi. Perkara seperti itu, seringkali berlaku jika anda memilih kucing sebagai haiwan kesayangan anda.


Apa yang ada dengan kucing? Apa yang membuat kucing begitu istimewa? 


a. Kucing akan benar-benar menjadi sahabat yang akrab dan teman yang sejati
Kajian menunjukkan bahawa kucing yang dijadikan sebagai haiwan peliharaan kesayangan, boleh meringankan diri  seseorang yang sedang menghadapi masalah fisiologi dan emosional(sakit jiwa). Ini adalah benar. Dengan kajian yang terbukti ini, ia akan benar-benar menyembuhkan "hati yang luka", terutama bagi orang yang sudah lanjut usia dan sentiasa berada dalam tekanan dan kesedihan. Selain itu, kucing juga mampu memberi kasih sayang yang tinggi kepada tuannya, tetapi kurang menuntut perkara yang bukan-bukan. Kos memelihara kucing juga rendah dan ianya sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai gaya hidup moden.


b. Kucing mempunyai sifat keyakinan yang sangat tinggi
Orang yang memelihara haiwan peliharaan akan mengambil perhatian yang lebih jika dibandingkan dengan orang yang tidak memelihara apa-apa haiwan peliharaan. Ketika seseorang itu telah berusia ataupun sedang sakit dan mempunyai haiwan peliharaan kucing, ia pasti akan memberi perhatian sebaik mungkin kepada kucingnya. Seseorang yang merasakan dirinya sangat diperlukan (oleh kucing), mereka akan memancarkan suatu aura yang sangat optimis dan berkeyakinan. Malah, bagi anak-anak, mereka akan merasa lebih percaya kepada diri dan juga lebih bertanggung jawab jika dapat  memelihara haiwan kesayangannya. Keadaan seperti ini akan melatih mereka untuk mengurus kucing-kucing yang lain dan haiwan-haiwan peliharaan yang lain, dan akhirnya orang seperti ini akan turut belajar bagaimana menguruskan perkara-perkara lain dengan seberapa baik yang mungkin.


c. Kucing sebagai haiwan kesayangan juga boleh membebaskan anda daripada stress atau tekanan
Menurut kajian perubatan, duduk di kerusi, meletakkan kucing di pangkuan anda dan membelai rambutnya akan menjadikan anda merasa nyaman dan damai. Hal ini akan membuat anda merasa santai dan akan menjadikan anda merasa lega daripada stress yang disebabkan oleh apa-apa pun masalah.


d. Kucing sebagai penawar kesihatan
Menurut "Society for Companion Animal Studies", pesakit akan mudah sembuh atau hidup lebih lama melalui haiwan. Telah dibuktikan bahawa mempunyai haiwan kesayangan pasti akan meringankan beban daripada kes-kes seperti kerosakan fisiologi ataupun psikologi manusia.


e. Kucing sebagai pemangkin sosial
Kucing sebagai haiwan peliharaan lazimnya akan membuatkan rasa malu dan ragu-ragu dalam diri anda terhakis. Perkara ini berlaku apabila anda pergi berjalan-jalan bersama dengan kucing anda. Orang akan tertarik dan mula menyapa anda. Sebagai pencinta kucing, anda pasti tidak akan ragu-ragu untuk menunjukkan haiwan kesayangan anda kepada orang ramai semasa berjalan bersama-samanya.

1 ulasan:

Tki said...

Saya sangat suka ma kucing, makasih panduan memeliharanya.

Post a Comment





 

lurve !n he@rt. Design By: jaja gara