MEKASIH SEMUA :,

Dec 1, 2010

tahun 1986 pelik...nape yer???

entry kali ni...
pasal isu tgh2 no i/c...
 insan2 yang lahir pada tahun 1986....

kalau diperhatikan...
mesti lain daripada yg lain..
special la skit...
kenapa ye???

insan2 tu termasuk la aku sendiri...
pegi mana2 atau wat urusan aper2 pon...
mesti akan ada tanya aku lahir kat mana...
xkurangnye jugakla ada yg kata aku pendatang haram...

sorry wokeh!!!
pendatang xde i/c ye....
kuang..kuang..kuang...

berbalik semula pada hal tadi...
aku ni lahir kat selangor.. 
so biasanya tgh2 i/c tu mestilah 10 kan...
tapi aku punya 43... 
mau x dipertikaikan...
kesian kan...

Tapi paling latest..
ada la sorang makcik ni komplen kat radio..
katanya..dia nak serahkan tanah pada sorang ank dia yg no i/c nye 43...

tapi pej. tanah reject..
sebab anak selangor je yang layak 
(maknanya yg tgh2 i/c nya 10 la)....
so skunk kitaorg anak aper..

bongekkk!!!!

pelik2x...
so disebabkan agak xpuas aty...
aku dh research sikit..
tapi xtau la sahih ke x...

diorg kata mybe kelahiran yang tinggi pada tahun 1986....
yg menyebabkan JPN menggunakan kod negeri yang lain...

tapi memang ade kod negeri selangor 43 selain dari 10...
tapi nape la certain org je yang dapat...
dan tahun 1986 jugak yang digunakan...

ermm...xkisahlah...
tapi yang penting jgn nafikan hak org lain...
hua...huaa...hua....


p/s : untuk kepastian layari http://www.jpn.gov.my/kodnegeri

ya, sy jatuh cinta kat awk bkn krn Allah @ kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan......~

Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bkn muslim. 

Saya malas mau tulis panjang lebar. So, dialog ringkas sajalah(tak juga ringkas nie). Tapi sebelum tu, biar saya bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah. 

Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya? 
Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak. 
Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab? 
Lelaki A:  Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya? 
Alice: Tapi.. 
Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi. 
Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih) 

Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik. 

Alice: Ha, ada apa erk? 
Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut) 
Alice:(agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya? 
Lelaki B: Saya...saya... 
Alice: Kenapa? cakaplah.. 
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak.. 
Alice: sebab? 
 Lelaki B: Perlukah bersebab? 
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.
  

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian.

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu'alaikum.
Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya...
Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa: Ya.
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif: Alice...(terharu..)
Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif: Sebab?
Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...

Akif hanya tersenyum.. :)



 

layan movie ngangkung

sejak dua menjak ni..
aku dan papa rajin plak melayan movie2 baru kuar kat wayang..
bak kata org
" isi masa lapang ngan perkara yang berfaedah la"...

yg latest kitaorg layan movie ngangkung....
lawak gila cerita dia...
nak pecah perut aku gelak...

ceritanya ala2 seram...
tapi sebenarnya lebih pada komedi dan nasihat...
berkisarkan org2 yg terlalu fanatik pada judi..
xpecially yg rajin main KTM 2..
(kuda, toto, magnum)
hehhehhehe...

tapi...time kitaorg pegi 2...
org xyah cakap la..
ramai gila....penuh panggung...
sampai sit paling blakang pon penuh org...
padahal layan midnight mlm ahad 2...
(cam xsedor jer esok kije)
huk...huk...hukk....

ermm...korang pon mesti layan tau...
xrugi kalo g tgk...
(siap promote lak...hihihihih)


Nov 27, 2010

seminar green city

25 Nov 2010...
di Mahkota Hotel, Melaka....

skema je bunyinya...
huhuhuhu...

opis aku dah adakan Seminar Hari Perancang Bandar Sedunia...
bertemakan "Green City"....

seminar ni memang tiap2 taun akan ada...
so tiap2 taun la semua staf akan bertungkus lumus nak jayakan nya....
.
biasanya aku jadi AJK jemputan..
so sebelum seminar je la yg agak bz...

tapi taun ni dilantik sebagai AJK pendaftaran ngan cenderahati...
so time seminar tu jadi antara org yg agak2 penting la...
perasan sudah...huhuhuhuuu...

nak cerita panjang pon xreti...hehhehehhe..
yg penting semua dah selamat dan berjaya...

jom je la layan picture2 yg sempat aku upload ni...

sempat berposing tu..kekkekekke...



geng2 AJK pendaftaran

time seminar....

tgh buzy nih..


TAHNIAH PADA SEMUA WARGA JPBD MELAKA.....

Nov 24, 2010

Percubaan pertama

cuba ape 2 ye....
aku dah mula pakai shwals...
baru try and error la bak kata org..

bukan pe.. dengan bentuk muka aku yg agak membulat skunk ni...
bukan semua fesyen yg sesuai..

tapi ati 2 tetap memberontak nak kelainan...
tgk org lain pakai lawa2 je...

so aku pun nak try gak...
lgpun kat kedai2 dah melambak jual...
senang la dapat stok...

mmmm....
inilah hasilnya...



kat opis...xder kije namanya nih..huhuu...


p/s : banyak yg dah dikumpul....nak pakai bila xtau la..hehhehe...

Nov 15, 2010

layan movie skyline

mlm tadi...
bosan gile...xde cerita best langsung....
dvd pon xde cerita best...
kebanyakkan nya semua dah tgk...

ermmm....
tiba2 papa ajak g tgk movie skyline kat melaka mall....
aku ape lagi laju jer...
tgk mignight lagi...
mcm xsedor diri jer esok nak keje...
hehhehehe........


best gak cerita ni....
syok je layan...
ramai gila tgk walaupun mlm ahad....
panggung penuh la...
masa beli tiket nak pilih sit pon xdapat....

TAPI............

ending dia yg agak x puas aty....

tergantung!!!!

confirm ada sambungan...
fuhh...xsabo nak tgk....

Nov 14, 2010

time to stop!!!!!

nape 2 ye????

ermm...6 bulan aku dah guna....
now.....
STOP!!!!!

sakit aty punya pasal...
cas itu...cas ini.....
tapi line lembap gak...

disebabkan geram ngan BBRAND celcom...

aku dah tukar kepada maxis...
lagi murah...
line ok....
lagi puas aty...

(statment cam gempak je tadi..hahhaha)

lgpun aku memang pengguna setia pospaid maxis...
so ada la keistimewaannya...
aku dapat rm48 je bulan2 untuk pakej yg rm68 2...
memang berbaloi la kan....

maxis pilihan hatiku....


p/ s : Bak kata papa...jimat duit nak bayar broadband....hehheehhe.......



ronda2 langkawi

YESS!!!!

akhirnya..aku slamat jejakkan kaki ke bumi langkawi...
walau pon tgh hangat isu banjir..
tapi perjalanan ke sana lancar je...
alhamdulillah...
xde perkara yg xdiingini yang berlaku...

4,5,6,7 Nov....
rombongan opis ke langkawi....
tapi xleh bawak family...
sob...sob.....sedih la jugak kena pisah ngan papa kejap...
(gedik je bunyi nye..hhahhaha)

mlm 2 papa anta aku kat opis....
tempat berkumpul utk kitaorg g naik bas...
bertolak dari kul 8.30 mlm...
sampai d jeti kul 7 pagi...

pastu naik feri lagi....
letih gila siot....

banyak gak la aktiviti yang menarik kat sini...
rasa banyak dah tempat pegi..
tapi xabis2 gak...

bak kata 4 ari xcukup la...
tambah2 bab shooping 2....hehhehehhe...

kat sana brg2 boleh tahan la murah....
tapi nak shooping banyak2 kena pk 4 kali...
sebab balik naik feri...
mampus kalo bwk barang banyak n berat2...
org dah la sesak gila...
silap2 barang ntah ke mana aku ntah kemana...
kalo bawak family best la....

paling aku ralat xdapat set pinggan mangkuk 2..
murah bangat....
set 46 pices baru 1 rtus lebih je....
kat melaka mana nak dapat..
dah la design moden...
puas aty la kalo dapat beli....
sedih nya!!!!!

perkara paling xleh lupa...
naik cabel car..
dah la aku ni jenis gayat....

takut gila.... rasa mcm nyawa 50-50 je..
boleh x??
tapi naik jugak la alang2 dah sampai...
lawak btol rasanya...
kalau toreh muka aku waktu 2 xberdarah la..

tapi yg xbrape bestnya kitaorg menginap d awana hotel...
nama memang la grand...
tapi servis hampeh...
dah la jauh dari town...
so mlm2 bosan la skit sebab bas sampai ptg je...
jadi kat hotel mandi kolam je la....

k,la kalo cerita sampai esok xabis...
jom layan pic2 yg dah di snap kat sana...


dalam feri...abaikan muka aku yg buruk n keletihan 2..hehhehe

da sampai.....


aktiviti ronda2 naik bot.......


kagum....banyak nye helang.....


bagi ikan pari makan...besarnya!! tapi jinak...


kat kota mahsuri


dataran helang


dalam cabel car...cuak siot...


banyak sgt pic....
ni je yg dapat diupload.....

sebab intenet lembap sgt.....

huhuhuhuhu...........


p/s : yes....nanti papa ajak g langkawi...leh teruskan aktiviti shopping sebab tukang bawak brg dah ada... huhuuhuhu...........


syohh....syohh...fuhh.....

fuuhhhh......fuhhhh......ape yg aku tiup 2......
ooo....en. M....

ape 2 ye???

MALAS!!!

lama xmengupdate blog ni..
sebab en M dah menguasai diri....

2 la kena tiup jauh2....
hehhehehhe...........

lepas ni kena wt entry balik...
insyaallah....xnak la blog aku ni..
akan dipenuhi sarang labah2....

nantikan cerita2 terkini....

(mcm artis da...........huhuhuhu..........)

Oct 9, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGO nya.

Wahai suami2,

jika seorang isteri pernah menangis karenamu,

tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat

kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,

tolong jangan menyia-nyiakannya...

Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...

Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini?


Dibalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...

PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.

Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".


p/s :Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA. dan sangat BERHARGA.





 

lurve !n he@rt. Design By: jaja gara