MEKASIH SEMUA :,

Aug 10, 2010

fadhilat solat sunat terawikh

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:

Malam 1
Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Di ampunkan dosa dosa orang mukmin yang sembahyang terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala orang orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat batu dan tanah tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18
Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'".

oh bulan ramadhan

tahun ni first time aku sambut puasa ngan papa..
mau kelam kelibut aku nanti...
balik jep dah nak masak utk berbuka...
(paling risau masak xdapat rasa...ape la jd nye nanti...taram je la labu...)
hahhahhaha...
mau terlebih garam...atau xde rasa langsung nih...
almaklumlah..dah kawen baru nak ceburi bidang masak memasak ni...

pasal sahur xyah cerita la...
time bujang dulu sahur simple je..agak2 malas minum air pon jadi...
tapi skunk xkan nak wat cam tu....
mau sakit perot laki aku 2 nanti....
dah la kuat makan...mau dapat gastrik nanti...hahhahhaha....
(oppss...termengata plak..ampun ye papa)

mujur la papa ni makan jenis xmemilih...
senang la keje aku sikit...hehehheheh...
masak je ape yg sempat kan..

ermm...k, la..
nak tido, esok nak bangun awal..
 masak utk sahur...
papai :)

p/s : yahoo.....esok cuti....leh cover tido balik!!!

Aug 9, 2010

cerita kahwin ~ BAB 3

lor ada lgi critenya...
hahhaha...x abis lg...
(sape yg nak muntah ijau 2 xpayah le baca.... ada i kesah)

ni kisah majlis sanding aku lak...
memang best la...semua berjalan lancar jep..
aku risau je ari 2 ujan...ye la ari sebelom2 ni asal petang je ujan..
tapi cuaca cerah sampai abis majlis...alhamdullilah

family aku semua sporting (apai la kata)
gila kamera pon ada..pantang nak amik gambar laju je..
baik sepupu2 aku sampai la pada makcik ngan pakcik aku..xsangka lak kaki posing....
kalau bab nyanyi karoke xpayah cakap lah...
full boking...ramai yg menyumbangkan suara memeriahkan majlis aku..
DJ xpayah pening kepala la nak cakap pe....

ramai jgak tetamu yg hadir...alhamdullilah makan minum semua cukup..
ramai yg puji sedap...hhihihi....
paling kesian mak ngan ayah aku le....
berpeluh2 lyn tetamu yg datang (jasamu dikenang..hehehhehehee)

part g outdoor paling xtahan...
dalam utan ngan sg mana ntah kitaorg redah..
semua ni idea kameramen aku la si apai...
kitaorg on jep asal pic cantik..
(aku pon xtau area umah aku ada sg...peliknya si apai ni boleh jumpa....boleh x???)

jom layan pic aku...






pic outdoor....




p/s : terima kasih kat semua yg menjayakan wedding aku ngan my hubby

nyam2...sedapnye!!

dapat jugak makan kepok losong tengganu....
sedap gila...dah lama teringin sgt...
(cam pegnant lak ngidam2....hihihhihiii...)

bukan kat melaka ni xde jual...
MELAMBAK!!
bila tanye semua kata kepok losong pior tganu..
dah rasa..ermmm...hampeh jep...
tepung je lebih...ikannye xrasa langsung....

kebetulan pegawai aku balik kg halaman dia kat sane..
ape lg aku jd org yg first buat permintaan...
tepat kol 5pm, terus punch card....
go...go...go...balik umah....
salin baju...simpan beg....
 teros goreng....sebungkus aku ngadap...
(kantoi kuat makan)

bukan makan sorang k...
melantak ngan papa le...hihihihiiii.....

SEDAPPPP!!!!!
lepas hajat.....

p/s : terok kalah org pegnant..hahhahhaha..........

berita sahih / ribena ada kandungan arak

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.



Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.
Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.


Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.


Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.
Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.
Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi


ngantok...

arghhh....jam loceng dah bunyi...
kul 5.00 am...
nak balik melaka plak...ngantok nye...
ikut ati nak amik EL jep...
tapi cuti dah xde ...
tggal 6 ari je utk tahun ni..  (kes cuti kahwin la ni)

gagahkan jugak bangun...siap2 brg semua...
kol 5.30am bertolak dari seremban balik melaka
mujur la ada en hubby drive...
aku kat sebelah ngantok gila..nak tido risau papa ngantuk plak....
lyn je la berborak...
last2 papa EL, mama yg keje...
xadil nih...nak ikot jugak....
:(

p/s : terpaksa la demi risaukan kesihatan mummy aku yg kurang sihat..arap2 cepat sembuh..amin..

Aug 8, 2010

hari yang sedih....

nape ari ni semua sedih je....
dah la subang ilang.....ikan mati......
tiba2 dapat cal dari ayah aku....
dia kata mak aku kena gout...jalan pon pakai tongkat...

SIANNYE!!!!!

go..go..go....
cabut balik seremban
risau kesihatan mak aku.....

my mummy (membe2 rapat aku ramai panggil mak aku ni datin faridah)
semoga jadi kenyataan...amin...hihii.....

p/s : semoga mummy cepat sembuh...



ikan oh ikan...

kol 6 pm....
time bg ikan emas aku makan...
aik nape mcm kurang jep ni...

TIDAKKKKKK!!!!!

rupanya ikan aku 4 ekor mati...
xtau la kenapa...
lama jugak aku jaga.... dari mula kawin...
kira2 ada la 4 bulan lebih
(kejap nye rasa mcm semalam baru kahwin...huhuhuhu)

SEDIHNYA.....
:-(

rasanya bagi makan cukup....
oksigen pon cukup.....
pakai anti klorin.....
air pun sentiasa jernih.....

DA SAMPAI AJAL KOT......

ni je ikan yang tinggal...

abaikan pic yg gelap ni..pakai kamera hp jep...



p/s : ciannye ikan-ikan 2 xsempat nak sambut raya...huhuhuuu.........


aktiviti time bosan....

tadi baru lepas dengar ceramah kat mitc, melaka....
terpaksa la korbankan masa walaupun ari ahad...

(waaaaaaaaaaaa...kursus xcukup lg tahun ni......)
:-(

pastu g jenjalan kat kota fesyen....
fuhh..ramai gile org....
semua cari barang nak raya...
hahhaha...puasa pon belum lgi...sibok nak raya...
terpaksa le kalau x siapa nak tlong jahitkan yerk...

jalan2 tgk banyak gila gantung kain rentang....

SALE
............................
SALE
............................
SALE
.............................

ape lg rembat le langsir utk raya kat MIDAS...
tahun ni wat tema warna brown...
first time raya ngan EN HUBBY semua nak baru..hehehheheh....

...........................
...........................

balik je umah kebosanan melanda..
ape lg KARAOKE la....
ngan en hubby kat rumah....
hhehhehhee...menyumbangkan lagu jep..


hahhahhah.......nyanyi xsedap pon markah bleh tinggi.....jgn jelous....



p/s : maaf le pada jiran-jiran sebelah ye....hehhehhehe (ada aku kisah!!)




Aug 7, 2010

mana ilang ni.......

tgah siap-siap nak g jom heboh...
terperasan subang yg slalu aku pakai xde...
mana cicir plak ni.....
memang potong mood jep...
tapi dah siap g je la jom heboh kat stadium hang jebat...
ramai gila orang...panas lgi...huhhh...
banyak gak beli brg..pack2 RM 10 je....
borong la pe lagi...
pas2 tgk konsert jap....
ada la artis (tomok ngan kumpulan sofaz) nyanyi......
bosan la...kul 6ptg balik umah..
.........
..........
balik je terus carik lagi...
xjumpa gak....
sedihnya.........
HUHUHUHU......

p/s : en hubby tlg la ganti subang baru...

Aug 6, 2010

nape ni!!!

Apsal dua tiga ari ni rasa xsedap badan je....
cepat letih...
cepat marah...
kuat ngajuk....
perut xsedap...
makeup pon malas...
mcm2 la....
xsuka btol la...buat keje pon cam malas jep...
HUHH!!!


p/s: en hubby sila bersabar ye ngan perangai saye...hihihiii.....

Aug 5, 2010

cerita kahwin ~ BAB 2

TADAAA......
ni la pic hantaran aku..punya la lama baru nak upload...
simple jep...hehhehheh.....

 JOM LAYAN....
hantaran lelaki kepada pihak perempuan

hantaran perempuan kepada pihak lelaki

p/s : sebenarnya hantaran aku 7 dulang berbalas 9 dulang..tapi disebabkan masalah teknikal ada gamba yg tertingal....


cerita kahwin~BAB 1

HAHAHAHAA....
dah basi pon jadi pengantin...
dah lebih 4 bulan baru nak update...
xpe la just saje je jd kenang-kenangan....

aku nikah - 27 mac 2010 (masjid negeri lg tuh)
sanding - 28 mac 2010 (kat my sweet home - seremban)
penat gila beb..
 balik je dari masjid...ada persalinan plak (3 pasang je...tu pon mak andam aku yg nasihat kan)...
mula2 rasa sikit sgt....
tapi dah mengadap..seksa nak berposing...
puas la apai- merangkap cameramen aku ajar...hahhahhaha....(aku bkan kaki posing ok)
apai ni aku kenal dari membe opis...dia pon sporting...
banyak arr gamba cantik2..sgt berpuas ati ngan keje dia...
datang pon awal...siap kena tgu aku dekat 1 jam waktu nikah(sorry ye)...hehhehhehe....

mak andam aku pon baik sgt...sporting lak 2...harga pon berpatutan la...
aku dah survey area seremban kalau nak pakej cam aku 2 confirm arr 2500 ke atas...
padahal xde la grand sgt...
ngan k,arfa ni best...xberkira pon. Profesional la jugak...design pon moden nye
sheh muzaffar tunang pon amik kat dia tau..


:: NAK PROMOTE NI...SESIAPA NAK KAHWIN AREA SEREMBAN::
 (k,alfa - duranta avenue mak andam aku )
(apai - cameraman aku)
(wira catering - masakan best, ramai yg puji )


Jom layan pic aku time nikah....



ni pic persalinan baju....

edit mengedit

ermmm...entri ringkas je dari aku
lama gila xbuat blog..
malas punya pasal....
tadi edit punya edit..aku punya blog dah ada wajah baru....
lepas ni leh la aktif balik....
huhuhuuuu.......

Jun 25, 2010

da bersawang la...

aper yg bersawang tu????
ooo....blog aku rupa nya...
lama btul xbukak la...
kenapa yer????
pasword dah lupa + intenet kat opis dah diblok....
.......
........
.......
tapi akhir nya semua masalah selesai..
TQ FOR MY HUBBY COZ MENGHADIAHKAN
LAPTOP ACER
 FOR MY BESDAY
sukanya......leh main intenet sesuka ati sekarang..
dan yg pengting boleh berblog kembali....
I'M COMING....


 p/s : tahun ni dapat hadiah besday sebelum tarikh nya..tapi suka sgt...syg kat MR GARA...huhuhuhuuu..





 

lurve !n he@rt. Design By: jaja gara